Tuesday, January 25, 2011

my primary school

Best Blogger Tips
kembali ak ke entry ni !

sengaja ak nak kongsikan bersama korang pasal member2 time sekolah rendah dulu
sebelum tu..biar aku introduce dulu nama sekolah..ak bersekolah di SKKD ( sekolah kebangsaan kedawang )



aku berbanga sebab ak dapt msok sekolah ni.. sebab ap taw?? sekolah ni la wat pertama kali wujud di atas bumi langkawi.. kira da cecah 100 tahun leby~ wow!~
kiranya perintis orang berilmu dari langkawi ni ...starting from this school !

NIE LA GAMBAR SEKOLAHKU MASA ZAMAN DULU..arwah nenek aku cakap,dia pernah belajar kat sekolah ni


masa ak skolah time darjah satu.aku ditempatkan d kelas 1s ( seroja )
kalo korang nak tahu..aku ni seorang yang pendiam dulu..bila nak pergi tandas pon ak malu nak cakap kat ketua darjah ..then ak just tahan jer la sampai balik or waktu rehat..
ya allah, nak buka mulut dalam kelas pon susah...cg kata ak ader simpan batu dalam mulut ni.. hehe..aku pon x paham sb ap ak mcm tu dulu..
pasal kerja ak xder masalah sangat,mungkin ak ni seorang yang takut kena marah bila keja sekolah x siap.. huhu..
korang tahu...ak xder kawan rapat pon time dulu..aku pakat redah jer nak kawan ngan sapa pon.
after kelas habis,aku teros balik umah tok ak sb rumah dia tepi skolah. hari2 ak mcm ni,sb mak ayah kerja..tok ak jaga mkan minum ak time balik sekolah .. love her!
jiran umah tok ak tu..clazmate ak gak.. x clap ak laa..nama dia amin.. kira ak ngan dia kawan la time tu. pastu lepas darjah 2 dia pindah..
atok amin tu selalo suruh amin tu pegi umah tok ak..ajak ak ajar dia wat homework..aku pon da x engat apa yang ak ajar dia..huhu..time tu kecik g an..tp aku selesa ngan dia.. men sama2.. belajaq sama sama... seb baik la x der crush antara kami..kalo x...da on da ap... hahahaha
Ak ingat lagi..ak la antara budak kelas yang paling hodoh tulisan dia.. mcm cakar ayam! ad cg yang perihatin nak bantu ak dalam perbetulkan tulisan ,bg lawa balik :)
hari2 ak ada extra work dalam wat tulis-tulis ni..korang taw..ak kna tulis A B C balik..hahaha..malu o bila ingat balik..
nie ha cg yang tolong pantau aku dalam kekemasan tulisan ak dulu
CG HABSAH

last2 ak berjaya gak.. tulisan ak da elok cikit.. yahooo!!
terima kasih cg!

nie antara cg2 yang masih ak kenal..



cg said.. merupakan cg muzik ak ngan pendidikan seni..cg nie suka buat lawak..tp lawak2 dia pun..dia pegang guru disiplin dulu. sampai sekarang kalo ak terserempak dia,asik wat lawak ja...leh jadi awek muda tu kalo selalu ketawa! :)



nie cg azizi.. cg yang aja ak matematik..ak engt dia sangt sb kerana dia la ak reti math! aku start hafal sifir2 dr kelas dia laa..cg ni tegas sangat..tq cg :) kerana cg la sya dapat kira berapa harga nasi saya kat kedai makan :)


nie cg kamal.. yang ajar ak pjk.. ala,yang kena sukan2 tu..aku malas nak berpakaian sukan time sekolah..sebab aku malas nak salin baju balik pas tu..aku asik wat alasan aja kat dia..seb baik la dia sporting.. pasal cg ni,benda yang aku x leh lupa... dia pnah tnya ak satu soklan..
satu tambah satu jadi berapa??
ak amek masa berminggu2 nak pikir jawapan tu.. korang taw apa jawapanya?? hehe



dari darjah satu sampai darjah lima..ak dok kelas nombor 2.. kira second ranking la ni..
tp x pa..naik darjah 6..aku masok kelas first..hehe..ak struggle kort nak msok kelas first tu..yala..sapa la nak pandang budak kelas bawah ni kan?? cg pon x pandang sangt pon..
tp ak usaha..last2 dapt gak..alhamdulilah...
time tok amek UPSR la taun ni..
preparation xda la over sangat..setakat baca buku 2 3 muka surat tu ada laa..time tu aku x da taw pon kepentingan belajar ni.. setahu ak ..aku nak pas n dapt masok blajar kat sekolah menengah.. mungkin ak x yakin dengan diri ak dan x nampak future ak..
nak mengukuhkan lagi ketidakyakinan ak ni,contoh bila cg tanya ap hobi ak..aku jawab mcm2..ada kata nak jadi cg la..ada nak jadi doktor laa..ada nak jd business woman laa.. isk3..mcm2 ada.
agak terkejut gak laa..keputusan aku dpat 3A 2B .. B tok BI ngan BM pemahaman..
korang jagan la describe ak ni terkejot sebab x dapat 5A . aku terkejot sebab ak mampu dapat sebnyak tu.. 3A.. wow! betapa gembira ak time tu dapt result .. tp kalo dapat 5A lagi la terkejot rasanya..silap2 heart attack pulak jadinya :)

nie antara barisan kawan-kawan seperjuangan ak.. the most closest ialah ain..
dia seorang yang periang.. i love her very much!
time ni kitaorg wat reunion skolah




nie amin ngan aman..depa ni kembar seiras.. tp kot mana pon ada perbezaan antara mereka.. korang rasa kat mana yang nampak beza?? hehe

aku rasa setakat ni dulu cerita ak..lain masa ak cerita lagi.. x habis sampai d sini saja ya



glitter-graphics.com

kemalasan diri

Best Blogger Tips

Online Now Icons



sekembali lagi ak di sini

patutnya esok semua kelas perlu dibatalakn dari pagi sampai kul 1 tgh sb ada hari inovasi dan kualiti..
first2 rasa excited gak laa... sb x der kelas time pagi tu..leh laa ak melabur saham tido sampai cukup.. huhu..


...tetiba pulak.. kawan ak ni... noor azleen cakap kata kelas en hasri ada :( jd harapan tinggal kenangan ja..adess!
melepas ak nak tido over dose !!
tp x pa
glitter-graphics.com..ak pilih untuk pegi kelas en hasri esok.. taw sebab ap?? sb aku rajin largh..haha ( pulun sangt )

xda..senarnya..aku terpukul ngan video AKHLAK MULIA.. kemarahan ak.. betukar pada keinsafan.. hehe

tengok!! manusia cepat berubahkan??
so perbanyakkan la diri dengan memahami islam :) nescaya kita x kan lari dari landasan Nya.. marilah kita bersama-sama dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan dunia, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran..

so don't be lazy yaa farah!!

Sunday, January 23, 2011

TRADISI KELUARGAKU :)

Best Blogger Tips
SEMUA NI ADIK BERADIK AK

PULUN BERATUR MCM NAK BELI TIKET..PADAHAL NAK MINTA APUN AJA..NAMPAK SANGAT BANYAK WAT DOSA..HUHU



Nie dia asam garam keluarga ak..bila raya saja...semua bju nak sedondon..nak dijadikan cita.. habis satu kampung nak ikut trend mcm kami ni.. tp apakan daya..last2 anak2 x nak bju serupa..sb rasa mcm boria lak..hik3x~ tp keluarga ak x kisah..org kedah kata, " kot mana pon x pa,janji ad baju time raya.." ..tu la trade mark keluarga aku.. dr aku baby sampai 'tua bangka' stay use this tradition.. seronok sebenarnya berkeadaan macm ni..orang suka tengok..tp x semua ak rasa nak puji cara pemakaian kami ni.. ader gak ak terdengar, orang cakap kami ni

mcm Boria..
kolot la cara pemakaian ni..
mcm xder choice nak pilih kain..
save duet buat bju seniri.. isk2..

manusia ni x pnah lari dari mengkritik orang yer..aku pon x paham...
whatever la org nak judge mcm mana pon..yang pasti kami satu family happy berkeadaan mcm ni (^_^)Y

MASALAH CINTA

Best Blogger Tips
hye...
































23/1/2011... pelbagai masalah dapat diperdengarkan hari ini..
terima kasih kerana masih mempercayai saya lagi teman ..
1) masalah cinta yang x tercapai dek kerana wanita mencari,kesempurnaan seseorang dan tidak menerima kekurangan seorang
2) masalah kehidupan yang diangap sebagai satu tekanan hidup dan terperangkap dalam cinta curang
3)masalah tentang cinta,dan ketidakserasian dalam agenda cinta yang menyebabkan kecemburuan.

im a good listener.. semoga apa yang di idamkan menjadi satu kenyataan..saya doakan untuk semua

Tuesday, November 9, 2010

wanita biasa VS wanita cantik

Best Blogger Tips
Assalmualiakum

kembali lg ak ke entry ni:)...
ak sja nak kongsi dan minta pndapt korang pasal wanita cantik dan wanita biasa.
hurm,kat dunia ni ad ja perempuan cantik dan biasa..
ha, ada seorang ni
bg ak dia memang seorang yg cantik..memang diminati setiap orang..
x kira perempuan atau lelaki sekali. setiap kali dipuji mesti dia akn mprotes.. dalam konteks (merendah diri). i like her way :)
,tp ak x berapa paham. kenapa dia selalu merendahkn diri dan mngataka dirinya x cantik pun ,walhal memang cantik... dan selalu membandingkan orang yang x cantik dikatakan cantik drpadanya.
ak kurang paham ap motif sesetengah pihak berlaku sedemikian. bagi yang x cantik bila mendengar kata begitu membuatkan ia rasa macam diperli..yalah memang dia sedar x cantik kan.. perlu la dia rasa diperli..dan kaum ni mungkin rasa akn tertindas dengan wanita yang cantik...
wallahhuallam

Monday, November 8, 2010

WArgHHHH

Best Blogger Tips
aduh! penat la nak manage blog ni!

jgn mengeluh... kita perlu redha atas segala perbuatan kita
firstly ak nak ucap a very thankfull kpd AKHMA kerana sudi nolong ak dalam mngubah suai laman blog ak ni..makseh kawan :)
dalam pada masa yang sama ..ak nak sembang cikit pasal word redha ni.. ak x da la pndai sangt dalam nak becakap dalam bidang ni.. sebagai student ak nak tekan redha dalam konteks "pelajar yang menjadi mangsa banjir" biar ak scopkn yer (mangsa bnjir di kedah dan perlis pada 2-6hb november 2010)
hehe..disini..ak pon terlibat dengan kes banjr ni.. tp xda la kna kat ak..sb aku dok hostel..yg kena tempias tu pasal kes air xda dan susah nak dpat sumber mknan .. pada mula nya... ak mcm x redha ap yg jadi kat ak ni.. yalaa..kan tngah amek exam ni..tup2 dapt msalah yg besar cam ni..agak bengang la jugak first tu... pastu ad la kawan ak tuh cakap.. hidup ni biar la ada keredaan terutamanya redha setiap benda yg terjadi kepada kita..kerana allah la yg melakukan semua itu.masalah yg allah berikan pada kita tu merupakan ujian darinya.. kira kita perlu letakkan redha bersama syukur untuk mendaptkan kesempurnaan dalam hidup.. nescaya kita akn lebeh sayang kepadanya..
lepas pada itu,aku terus ak berfikir dan YA! memang benar. allah menyayangi kami..dan sebab itu ALLaH meletakkan ujian ini kepada kami... dan ak bersukur kerana allah memberikan ujian itu kepada kami..alhamdulillah...sekarang kami lebeh memahami krna ap DIA memberikan ujian seperti ini :)

Wednesday, March 24, 2010

Best Blogger Tips



haa! inilah keluarga aku..yg ramai2 tu adik aku kesemuanya..tp ada yg xmsok dlm gamba tu..terlampau ramai sangt..hee..tu yg berdua lak..mama aku ngan adik aku yg ke-4. mana abah eh?? hmm,abah x minat bergambar senarnya..t aku try search gmbo nye yaa.

dugaan sebagai remaja (zina hati)

Best Blogger Tips
diambil dari iluvislam.com ( sebagai pedoman kita)...bacalah kisah ini..



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...