Thursday, December 15, 2011

Surat Cinta Budak Darjah Dua

Best Blogger Tips
aku x taw nak cakap ap..sb budak2 zaman sekarang cepat membesar.. hoho

Wednesday, December 14, 2011

Jambatan Berhantu

Best Blogger Tips
jambatan ini x silap ak kat negara cina tp x taw apa nama tempat tu..jambatan nie teramat la panjang sehiggakan kebanyakan orang dulu takut nak melintasi jambatan tu sb dikhuatiri terkejut dan jatuh ke dalam sungai..(sesiapa yang x berani disarankan jangan la dengar cerita lanjut ..takut2 pengsan nanti)..
kisahnya bermula di sini....
owh tidak! TERKEJUT AK ......

sungai paling seram

Best Blogger Tips
sungai GANGGA kat india merupakan sungai yang agak seram kat asia nie..tapi sungai ini adalah tempat suci bagi masyarakat india disana dan upacara keagamaan selalu diadakan di situ.upacara pengebumian selalu dilakukan di sugai itu dimana selepas upacara membakar mayat,abu dilepaskan di dalam sungai itu..tapi ada jugak mayat yang x dibakar dan dihanyutkan kat dalam sungai tu,pastu terapung dan biarkan mayat tu menjadi busuk... aku pon x pasti apa motif ritual yang mcm nie depa wat..pastu ada pulak orang yang mandi dalam sungai tu..mcm seram ja aku dengar..


mayat yang dibiarkan dalam sungai tu.. bau bangkai


mayat nie dimakan oleh burung gagak


tengok.. ramai orang yang mandi kat dalam sungai ni


dapat kita lihat.. mayat tu kat sebelah orang2 yang tngah mandi kat dalam sungai tu


anjing2 memakan mayat manusia... hurm... x paham ak


Ragam manusia dalam FB

Best Blogger Tips

memang kita setiap hari tak lepas kalau tidak log in ke facebook yang sangat popular ketika ini. macam-macam orang yang kita akan jumpa di situ dan pelbagai karenah ataupun perangai  yang korang dapat lihat sendiri.Agak-agak, ada tak antara list nie iras-iras cara kita ataupun kawan kita?? 




1.  Manusia Kaki Update

    Tak kira bila dan di mana sekalipun, mereka akan selalu
    update status.Statusnya pendek tetapi padat.

    Contoh : "sarapan nasi lemak^^"
           : "on da way pergi jamban"

2.  Manusia Kaki Mengeluh

    Manusia jenis ni tak pernah puas dan suka sangat nak
    mengeluh.Pagi,petang,siang,malam hanya mengeluh.

    Contoh : "Panas gila hari ni"
           : "Menyampah betul hari ni"

3.  Manusia Kaki Berlagak

    Mungkin diorang tak berniat nak berlagak, tapi orang lain
    yang baca status tu mungkin rasa menyampah dengan status yang
    berbau sombong ni.

    Contoh : "Siot, BMW aku rosak"
           : "On da way pergi Milan"

4.     Manusia Kaki Jiwang

    Manusia jenis ni istimewa sikit, sebab setiap status yang dia
    update semua indah - indah dan berbunga belaka.

    Contoh : "Mencintaimu adalah perkara terindah dalam hidupku"
           : "Kita berdua bagaikan sepasang burung yang bersayap
              satu, dan hanya mampu terbang bila bersama."

5.     Manusia Kaki Review

         Manusia jenis ni pulak agak mulia sikit sebab selalu    
    kongsikan segala segala pengalaman dia dengan kawan-kawan
    dia dengan membuat review.

    Contoh : "Call Of Duty Black Ops memang gempak"
           : "Filem 2 alam filem paling terbaik dalam dunia"



nie lah antaranya...ada x antara nie mcm kita atau rakan kita?? xda hal lau nak ragam mcm mana pon .. yang penting jangan kita post status yang boleh menjengkelkan bila orang membacanya sudah.. silap2 korang kena band ngan teman2 nanti..selamat berfacebooking...

Tuesday, December 13, 2011

Sambal kentang express

Best Blogger Tips
haa.. aku ada terbaca entry menu sambal kentang niee... hari nie teringin plak nak makan sambal kentang..kelas indeterminate cancel ..kelas bel mcm malas ja nak p sebab da habis da kitaorang present hari tu. biar orang yang x present ja p.. so im fully free till this night before replacement math class at 8.30 pm nie...hohoho..bahagia seketika :)

nie ak nak kongsi resipi sambal kentang yang ekonomi.. sebagai student kita mampu beli barang2 nie.. x da la asik nak makan sardin, maggie , telur ja kan?? cher kita ubah sikit menu kita agar lebih bersemangat bila nak wart keja kan??

1. bawang putih 2,3, ulas dicincang
2.bawang merah 3 ulas dicincang
3. kentang dihiris ekot citarasa..( dalam 5 biji )
4. belacan or udang kering cikit.. mcm selalu kita letak dalam masakkan untuk tambah bau sedap
5. 3 sudu cili giling(cili boh).. lau nak sedap lg.. better blender cili kering ..

cara masak:
kupas kulit kentang, pastu hiris/potong ikot cita rasa.. rebus hingga lembut/empuk..pastu goreng kentang tu
untuk sambal.. tumis bawang putih n bawang merah tu bersama belacan/udang kering..sehigga kekuniangan.. masukkan cili boh/cili kisar ..tumis sampai naik minyak.. letak garam n gula secukup rasa.. lau x minat nak makn pedas2.. leh cover ngan letak gula tu lebih sikit .. n letak bawang besar

tada.. da pon siap jadi leh la kita makn..
hidangan dengan nasi putih ..leh makan dalam 4 orang

Monday, December 12, 2011

Uitm Shah Alam VS Uitm Perlis

Best Blogger Tips
hurm bukan nak melangsungkan pergaduhan kat sini tapi sengaja ak nak wat perbandingan antara uitm shah alam dengan uitm perlis ..

bestnya belajar kat uitm arau ...
1. lecture kat uitm arau memanjakan studentnya.. mostly mcm mak pak jaga anak.. lecture kat Shah alam x da nak memanjakan studentnya.. maybe student terlampau ramai agaknya.. x tahu nak melayan n jaga anak yang mana satu :)

2. student kat uitm arau mudah untuk dikenali /dicam kerana sikit ja orang.. fakulti pon x sampai 20 lau uitm shah alam x mudah untuk dikenali sb terlampau ramai student..berpuluh-puluh fakulti..sampai sekarang ak pon x taw kedudukan sesuatu fakulti tu... (ye lah da nama pon uitm induk,maunya x ramai.. bukan cawangan.. isk2)  .. x da ak just nak wart perbandingan ja.. dari ap yang ak nampak..

3. makanan kat uitm Shah alam mahal-mahal,even kat DC.. x mcm arau.. murah-murah siap dapat discount lagi lau selalu makan contoh macm kat orange tu.. pastu da la mahal ,x bnyak yang sedap lak tu.. ( x tepati citarasa selalu )

4. suasana kat uitm arau nyaman..lau pagi2 buka tingkap bilik.. udara fresh selalu dihidu.. umpph,dapat tngok benda2 yang hijau mcm pokok,, baju hijau, rumah hijau, basikal hijau .. huhu... nyaman mcm duduk dalam hutan tebal :) lau uitm shah alam .. tiap2 pagi bau concrete.. bosan.. kiri kanan konkrit..xbnyak benda color hijau..arghh... nak nak warna hijau bnyak-banyak...

5. jalan kat arau x da pon sesak mcm kat shah alam.. argh,hari2 kena bngun awal sb nak elakkan dari kesesakan jalan .. kalau kat arau tu,lau kelas kul 8. kul 7.30 kira boleh bersiap2 lagi..kul 7.45 baru keluar dari bilik..mcm nie baru best ..huhu

6. kalau ada aktiviti uitm shah alam selalu xdapat nak joint sebab kedudukan tempat tu telampau jauh .. mcm kart dewan seri budiman., kompleks sukan.. ak nie dok kat fakulti kejuruteraan.. xpadan lau nak p situ....kalau kat uitm arau..dapat ja nak join..sb selalu wart kat mushroom n dewan baru .. jalan kaki pon boleh sampai :) boleh la collect sticker kolej bnyak2

bestnya belajar kat uitm Shah alam ...
1. kalau nak g kelas.. x payah naik tangga.. lift ada dan khas dignakan untuk student-student fakulti ak..ho yeeaa.. leh la hilang stress n penat masing2

2. uitm shah alam ada exchange student dari merata dunia.. dapat la nak tngok orang asing dari dekat dan tngok cara depa blajar kat Uitm shah alam nie.. x mcm arau.. ctu x da MATSALLEH.. anak pakcik salleh ada.. hukhuk

3. uitm shah alam berdekatan dengan pusat commercial.. dapat la nak makn KFC ka, MCD ka ,Pizza ka .. .SUBWAY ka, TUTTI FRUITY ka..lau teringin.. kalau kat arau.. kna pergi belah kedah untuk cari makan tu...hmm,lau kempunan hari tu,, kna la tahan sampai cuti minggu.. baru dapat keluaq p kedah :)

4. kat sini ada wayang( bukan dalam Uitm tp sekitar kwasn).. lau nak tngok hari2 pon boleh,, lau kat arau lau nak tngok wayang kena p belah kedah nuh.. mcm kat plaza alor star..

5.lau cuti2 tahu nak p mana sb bnyak tmpat yang best kat selangor nie.. tambah2 perempuan.. suka sungguh nak p shopping complex ..walo hanya sekadar window shopping ..tapi amat menggembirakan.. x mcm kat arau.. limit ja tmpat shopping tu..takat C-mart .. Pacific,pekan rabu ,padang besar n plaza


itulah perbandingan yang ak dapat.. masing2 ada kelebihan dia.. pandai2 la kita memilih.. kat mana2 pon tempat belajar adalah sama saja kalau kita set kart pala otak kata "ak kat sini niat nak datang belajar!! bukan nak mai main2"



HAPPY GRADUATION (OCT 2011)

Best Blogger Tips


Alhamdulliah ..akhirnya dapat jugak kami habiskan diploma kami di Uitm Arau pada bulan april 2011 dan hari konvokesyen pada oct 2011 adalah hari akhir kami berada di uitm arau.pada hari itu kami menerima segulung sijil maka terdaftarlah kami sebagai warga alumni uitm arau .. eh eh... da besar da la kami niee... : ) mcm x percaya pon ada .akhirnya kami dapat jugak habiskan diploma kami dengan jaya. semua kenangan nie akan ak simpan selamanya kerana ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup.. leby mcm orang yang nak bersanding tu laa.. for first time n for the last time :).. ne gambar-gambar yang sempat ak amek pada hari bertuah tu ..

gambar bersama kawan2 dari Palapes UiTM dari kiri syud,mira,kechik,spark, aku (che paah), amalina,kamil n cagu.
 nie kawan2 bek ak... farizat, ak fifah n akhmal hakim....
alia,ak , amy n amirah





harap-harap apa yang dicapai mendapat manfaatnya... kejayaan yang dicapai memerlukan ketakwaan kepadanya agar ia mendapat keberkatan,, bukan sekadar mencari ilmu di dunia mampu memuaskan kita,ilmu akhirat juga lebih memberikan kepuasan kita kelak ... INSYAALLAH .. 

Wednesday, November 23, 2011

tarikh penting dalam islam

Best Blogger Tips
penat-penat-penat! hai apa la nasib badan nie.. mcm x leh terima ja suratan niee... kenapa ak jadi student ?? kerja bnyak...asgnment bnyak, present lagi...argh , test bnyak... hurm, pnat la jadi student ni.. hah! ak rasa mcm nak jadi gila bila hari2 pikir pasal pelajaran.. k PAUSED right there... lau nak mengeluh ni sampai esok pon x habis.. baik kita kosongkan minda, pekena air mineral seliter... menikmati laman sesawang .. hahaha
aku sempat la tinjau tinjau laman web nie.. dan saja2 nak kongsi ngan korang..sb lama ak x update blog aku nie..biasalaa..semenjak ak dok Shah alam nie.. pelbagai kerja perlu disetelkan segera.


Thursday, May 19, 2011

KAMPUNG PAYA MEMPELAM

Best Blogger Tips
makan pelam bila dicicah dengan sambal mak B or sambal buatan sendiri memang sedap.. tambahan pula bila berkelah di atas pelantar.. angin bertiup dengan kencang sehinggakan terangkat baju2.. wargh.. jangan cakap laa... serius seronok!! pengalaman nie memang x semua boleh dapat kerana kebanyakkan suasana nie terdapat di kampung2 sahaja ataupun di tepi pantai... haa,di sini bukan ak nak bercakap pasal makan buah pelam dan suasana mengasyikkan.. disini ak ingin bercerita tentang kampung ak yang dikenali sebagai KAMPUNG PAYA MEMPELAM, KEDAWANG 07000 LANGKAWI

Unik x nama kampung aku ni??hmm , ak x tahu pulak salasilah kampung paya mempelam nie.. bila diamati nama kampung aku nie.. mesti ada kaitan antara paya dan mempelam.. hurmm, maybe pelam ( mangga ) tumbuh di kawasan paya dan orang zaman dulu terkejut bila melihat insiden itu terus mengelar dengan nama kampung paya mempelam.. huhu..harap lojik la hypothesis yang ak reka nie walaupon x buat kajian mendalam ,rasa macam ahli sejarah pulak hihi

semasa cuti semester akhir nie.. aku ada masa 4 bulan lebih berada di kampung halaman sebelum ak sambung study , kira2 setiap minggu ak akan menziarah umah tok menakan ak, walaupon itu hanya pangkat tok menakan, ak mengangap mereka macam tok ak sendiri. rumah tok aku bersebelahan dengan tok menakan aku.. sekali ak menziarah tu,kira dua2 rumah ak singgah.. yala, hati orang tua kita perlu jaga..x kira pangkat mana pun dia..tidak dapat dinafikan ada kalanya tok2 ak nie touching dengan ak.. yala.. ak selalu x adil dari segi masa dalam menziarah mereka.. ada kala ak spend lebih masa umah tok menakan, makan sana.. tok betol ak touching..ada kala ak dok umah tok betol ak lama2, makan sana.. tok menakan touching.. hurm,susah la kalo macam nie.. ak perlu lebih alert dalam membuat pembahagian masa.. ak selalu ajak tok2 ak makan bersama, dan itu dapat mengelakkan dari hati masing tersinggung.. kadang2 ak jadi berbelah bagi ,selalu kalau dalam bab tidor makan nie.. ak akan bahagi.. makan tngahari ak akn pergi kedua2 rumah.. aku makan sini sikit..pastu ak makan sana sikit..tidor pulak.. ak amek 2 malam.. satu malam kat sana,satu malam kat sini  good girls! hehe tu dapat mengelakkan dari touching

antara gambar yang sempat diambil di umah tok ak nie... mereka sedang berkebun di tepi rumah..tanah tu adalah tanah pusaka arwah nenek aku yang dulu nya bendang dijadikan kebun sayur2an



ini adalah tok aku..tok cah

nie tok menakan aku..tok besah
semua nie sepupu sapapat aku..bnyak yang kecil2 lagi..eh,ada 2 adik aku kat situ..x pasan plak..huhu

seluar merah pendek tu adik imanina...sepupu ak ,anak makcik aku

depa dok men dalm kolam ikan tokwan aku

nie tokwan menakan ak..tokwan talib,da jd mcm tokwan aku sendiri..tokwan sebetulnya da meninggal dunia masa aku umr5 taun. 




bez tngok budak2 men bendang.. mcm nk join ja..hihi



nie hero paling kecil aku



nie sepupu tiri..asal dok kl.. tp dok ngan tokwan talib..sekrng dok belajr cakap kedah..
makngah yati...da berkhwin..perngai mcm budak2 lagi..huhu






Sunday, March 27, 2011

UiTM Perlis

Best Blogger Tips
Assalamualaikum
aku sekarang berada d semester akhir di UITM Pelis ni.. insyalllah kalo xda aral melintang, ak nak sambung ke UiTM Shah Alam untuk degree nanti.. tp kna la mengangur 4 bulan dulu sebelum masok.
nie da masok 3 tahun ak tinggal d bumi perlis ni.. damai sungguh d sini :)
dari sini juga aku dapat buat ramai kawan..dari serata negeri.. cuma dari luar negara jer x da kat sini :)
macam-macam pengalamn yang aku dapat sepanjang aku jadi student kat sini..
selalu dikaitkan UITM Arau banyak Hantu.. ak ingat lagi masa ak kecil2.. kawan2 selalu cerita pasal hantu dari uitm perlis ni.. adoi,masa first2 agak takot la jugak bila dapat tahu ak nie kna msok UiTM Perlis.. mau x mau.. kna jugak p sb UPU terima masok ak kat sana jer.. huhu..
agak benar jugak la apa yang diperkatakan dari buah mulut orang ni,tp x la setakut cerita-cerita yang ak dengar sblum nie.. sb aku sndiri yang terkena tanpa meminta..hoh! scary sungguh..knapa ak yang kena??? argh, tempat spot yang selalu jadi buah mulut student sini d Dewan Sri Semarak,Tapak Teksi Lama, Block A n B, kolej Cengal... erm termasuk la kolej ak gak..
tapi selalu la jugak ak dengr paling terok d kolej Cengal tu...ramai sungguh yang kena Histeria... hinggakan salah satu aras dari kolej tu kna kosongkan dia.. ak pon x tahu sb ap..ada kisah, ak dulu masa nak g cari senior di kolej tu,, kna ajak berteman.. takot pegi sorang sb lorong bilik yang terlalu sempit dan sunyi, tandas yang begitu luas...sapa x takut.. huhu..sekarang kes2 histeria ni reda sikit sebab seluruh kolej da mengamalkan baca yassin beramai2 pada tiap2 minggu.
ak sendiri pernah kena ganguan dari makhluk halus.. suka kacow aku n kawn2 time bulan tekanan( EXAM ) kadang2 dari jadi takut... berubah jadi geram... sebab kacow time study.. huhuhu..mau x nyer... asal baca satu perenggan saja benda tu usik...mana nak larat ulang baca perenggan yang sama ja...

hah.. selepas tu jadi mcm fedup nak study mcm ni ,terus jerkah "benda" tu supaya diam... walamak.. dia betol2 ikot cakap..x gangu ak da..alhamdulilah la jugak.. dia memahami keadaan ak time tu.. Perlu study.. nak exam katakan... hehehe... nie kes berlaku semasa ak semester 1 (tahun 2008) turut mengalami ganguan sama.. roomate ak n kawan2 ak yang berkampung di bilik ak time bulan exam .. so, habis di situ sejarah ak semasa sem 1.. berikutan pulak yang ak ceritakan sebelum nie. kelibat orang naik teksi.. berlaku jugak sebelum exam sem 1 tu.. ceritanya bermula .. pada bulan puasa... ak n kawan2 ak baru lepasambil test kimia dan mengalami tekanan emosi sb paper susah katakan..so cadang la nak pegi berbuka puasa di hotel Putra Palace di kangar tu..then kawan buat la reservation awal untuk seat kami,jadi berkejaran la kami dengan masa..lepas saja test kimia dalam kul 7ptg.. terus balik bilik dan berbuka puasa ala kadar n solat maghrib.kami semua tinggal di kolej kesinai (Mayang; aku  ).. time maghrib jugak kami keluar dari kolej n terus shoot ke tapak teksi lama.. ( taun nie tapak teksi masih lagi dibuka).. masa tengah jalan tu.. ak orang paling depan.. dan ada lagi kawan ak dalam 4 orang, dok belakang ak.. so ak mendahului mereka atas sebab nak kejar teksi.. time tu teksi ada satu ja..masa time ak kejar tu.. dekat bangunan white house yang usang tu..kami ternampak seorang kelibat orang memasuki teksi tuh.. ak ingat lagi..warna lampu dalam teksi tu color biru..(x tahu wujud ka x lagi teksi tu)..selepas ak nampak teksi tu...terus la ak ligan sb nak tumpang sekali ,mana x nya...takut habis makanan kami tu nanti.. terpaksa la berusaha..semasa kami berlari mendekati teksi tu..  kami ada terhidu bau wangi...n x dihiraupun bau tu..disusuli dengan tangisan seorang perempuan.. semakin dekat dan kuat...suara tu rasanya datang dari tapak construction bersebelahan dengan tapak teksi tu... ( sekarang tapak construction tu da siap n da jadi kelas budak ladang)..walamak.. scary bunyi tu...bunyi mcm nak minta tolong pon ada... tp time tu kami mcm hirau x hirau dngan bunyi benda tu ..x tahu sbab ap....mugkin sebab otak baru lepas test, perot berkeroncong ,memikir masalah takut makanan habis ,dan takut duet tu melayang mcm tu ja.. hehe..bila sampai ja ke teksi tu..terus ak ketuk tingkap.. tup tup tup... "pakcik..kami nak g hotel putra palace nie.. pakcik leh tolng hantarkan x?? boleh laa.. kami kesuntukan masa nie.. " pakcik tu pon menjawab degan perasaan resah gelisah  "eh..eh... x boleh la adik.. pakcik duk tngah tunggu orang nie.. pakcik nak kna amek orang kat mushroom nie..." ... pelik.. da taw nak amek kat mushroom.. knapa tunggu kat tapak lama... hurm... " aku cuba bertanya lagi.. "pakcik ada x number kawan teksi pakcik? " dia pon berikan number tu.. alhamdulilah.. ada jugak jalan penyelesaianya.. pakcik tu cepat-cepat pergi meniggalkan tempat tu.. akhirnya dapat jugak kami makan kat hotel tu walaupun makanan da nak habis..

lepas makan di hotel tu..perasaan tidak senang hati timbul di fikiran ak..eh,baru ak perasan. semasa kami mengejar teksi disebabkan kami nampak seorang kelibat orang naik teksi tuh..tp semasa sampai di teksi tu,mana ada orang lain selain pakcik teksi tuh dengan lampu biru didalam...fuh,bercerau peluh ak,ak mengukuhkan lagi persoalan ak dengan bertanya kepada kawan-kawan ak yang lain,mereka pun x nampak.sah la time tu ada yang x kena.. kenangan tu aku tinggal dengan tanda tnya,apakah kaitan dengan bunyi orang menangis,kelibat orang naik teksi dan pakcik bersikap acuh x acuh dengan kami..wallahuallam..

ps : cerita nie bukan ak nak menakutkan sesiapa sahaja yang dapat peluang belajar di UiTM Arau niee,ini lah pengalaman hidup yang ak alami dengan kawan-kawan..x kan dilupakan peristiwa2 sebegini.. dengan pengalaman ini juga membawa kepada kami membina keakraban sesama kawan-kawan.
dalam dunia nie,setiap inci tempat ada makhluk ghaib,namun kita sebagai hamba allah harus percaya dan menghormati ciptaanya..
penglaman ini juga memberi kematangan kepada ak,dan membuatkan ak lebih berani di masa hadapan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...