), progress;} body, a, a:hover {cursor: url(
Free Mouse Cursors at www.totallyfreecursors.com
), progress;} -->

Sunday, December 8, 2013

Petua bila kaki kekejangan

Best Blogger Tips
semalam saya ada pergi taman botani shah alam ,Cerakah.. 
semasa tengah mengayuh basikal tetiba saya ternampak seorang wanita berumur dalam 30an tengah mengaduh kesakitan 

sempat saya turun dr basikal dan menolong akak ni..konon nak jd rescuer...hehe
 
mula mula kita perlu baringkan si pesakit di tmpat yang mendatar.ataupun duduk serta luruskn kaki, paras kaki dengan pinggang mesti selari (membolehkan peredaran darah seimbang)
lepas tu buka kasut dan tolak tapak kaki yang sakit ke dalam
pesakit akn mengaduh kesakitan, tp itu pekara biasa..urut perlahan2 betis pesakit smbil menolak kaki pesakit dengan lutut kita. 
inyallah,cara ini akan melegakan kekejangan kaki pada pesakit... 

petua nie pon diajar oleh org berpengalaman dan saya mengaplikasinya dan terbukti berkesan :)


Tuesday, October 23, 2012

bersangka baik terhadap orang

Best Blogger Tips



pada hari nie saya tercuit untuk bercakap mengenai sangkaan orang terhadap seseorang.. sangkaan baik dan ada sangkaan buruk adalah satu norm bagi masyarakat kita..kita selalu judge sesorang tu tanpa kita tahu kebenarannya.. kadang2 dengan cara itu dapat menimbulkan fitnah kepada orang.. wah.. takut tuh!..diam x diam..sangkaan kita akhirnya boleh mencetuskan fitnah jika kita tersalah sangka.. kan naya tuh :)


ni ada sedikit sebanyak sangkaan org terhadap orang dengan pandangan fizikal sahaja.. Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..



Orang beribadah disangka riak

Orang yang “relax” disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela


haa..kan da bermacam2 kita sangka...tetapi adakah korang tahu.. jika apa yang kita sangkakan itu adalah.....


Mana tahu..

••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah 




kan berat nak menangung kalau sebegitu.. (^__^)

apa kata kita ubah balik setiap sangkaan kita terhadap sesorang tu ke arah yang lebih positif.. so lepas nie,lau terlihat orang..cuba kaitkan sangkaan kita itu dengan kebaikkan..kan namanya berdoa tuh .. :) x sia-sia kita peroleh pahala kerana kita bercakap tentang kesejahteraan orang lain ..

Saturday, October 20, 2012

kebahagiaan berkeluarga

Best Blogger Tips




Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

dipetik dari iluvislam.com 

kebahagian terjalin jika tuntutan didalam agama kita turuti..kita tidak mementingkan kebendaan,rupa paras.. tetapi apa yang perlu adalah menilai dari segi hati pasangan itu..jika baik maka baiklah institusi sesuatu keluarga itu

kita perlu bare dalam kepala kita bahawa ada cara untuk membahagiakan keluarga kita di dunia dan akhirat... iaitu..


1. Berkahwin Kerana Ibadah
2. Cinta Dan Kasih Sayang
3.Tarbiyah Dan Pendidikan
4. Ibu Bapa Mithali


Friday, October 19, 2012

Beronok makanan eksotik penduduk Langkawi

Best Blogger Tips
pernahkah korang dengar perkataan BERONOK?? atau pernah melihat beronok? perkataan nie sinonim digunakan oleh penduduk Langkawi sebagai satu juadah yang dipanggil sebagai kerabu beronok... interesting?? mesti korang rasa mcm pelik ja bunyi tu kan?? dikatakan beronok adalah dijuadahkan sebagai lauk eksotik dan dimakan dengan nasi putih..masyarakat langkawi khususnya penduduk di persekitaran pantai sering pergi ke lumpur mencari beronok.. best oww men lumpoq laut :)

beronok adalah asal sejenis gamat yang hidup di dalam lumpur. makananya adalah lumpur semata-mata.. tetapi perbezaan antara gamat adalah ketara kerana gamat hanya tinggal di kawasan persisiran pantai yang tenang..seperti di pulau singa atau pulau-pulau yang jarang dikunjungi manusia,beronok banyak terdapat di persisiran pantai berselut di pulau langkawi. texture gamat lebih kasar dari beronok,dan saiz beronok adalah 3x ganda kecil dari gamat.

apa yang menarik dengan beronok sampai orang langkawi memang suka makan???ak pun hantu beronok jugak :)
apa kata korang turun langkawi dan cuba cari makanan nie.. kerabu beronok selalu ada di kampung-kampung..hanya orang lama saja yang expert nak buat kerabu beronok nie.. mcm saya..x da kebolehan lagi..hanya sekadar potong-potong ja :)
1. x perlu dimasak.. just makan mentah-mentah dengan menyiang isi seperti maze.
2. bentuk dia x ubah mcm gamat..cuma kulitnya lincin lagi shining
3. specialnya..bila dimasak,dia akan ghaib..so makan kuah je lah lau masak beronok nie :) ps: jangan cuba2 nak try masak lak :)
4. crunchy... ak x leh nak describe macam mana kerangupan dia tuh.. x da yang sama.. bila kunyah dia bergaul dengan masin2 laut..emm leby kurang mkan cartilage (tulang rawan ayam) tapi ada perasa yang tersendiri..ada sesetengah pula ada rasa seperti mengunyah isi kelapa :) cheq pun x taw nak habaq camna..
5. kombinasi perasa beronok dengan kerabu yang betul2 mempunyai kelainan dari kerabu-kerabu yang sedia ada..
6.dia halal dimakan nah :)..jangan angap hukumnya haram ,nie adalah makanan laut

 ok yang nie sebelum beronok dipotong.. fresh dari laut lagi nieh :) jika nak meringankan beronok ni..perlu ditebuk dahulu perutnya agar air dalam perutnya keluar.baru letak dalam baldi or raga




nie lah yang dikatakan sebagai kerabu beronok :)
jangan geli eh.. sedap habaq mai.. rasanya semua cukup..kerisik,sayur2,beras goreng,, masam masin manis.. cruncy..nyum!
purata lau nak makan satu keluarga yang punyai 10 orang isi rumah..kira2 dalam 100 ekor jugak nak buat kerabu nieh.. untuk pengetahuan korang,kerabu adalah satu makanan yang digilai ramai rakyat LANGKAWI.. tanya la depa lau x percaya.. lau depa x penah dengar tu..memang depa bukan penduduk tulin sana :)

 lau sesiapa suka mencuba benda baru..bolah la bila turun ke langkawi,cari kerabu beronok..tnya la pakcik teksi ka,pekerja2 kat sana..maybe depa leh tolong :)

pertumbuhan terbantut

Best Blogger Tips
pernahkah korang melihat manusia kecil dan tidak mempunyai wajah yang normal seperti usia saiz badan?hal ini desebabkan manusia itu mengalami penyakit yang dikenali sebagai penyakit Progeria yang disebabkan oleh satu kesalahan kecil di dalam kode genetik si anak, tetapi kes itu telah menghancurkan dan mengubah hidup seseorang. rata-rata anak yang lahir dengan penyakit ini akan meninggal pada umur 13 tahun, kerana tubuh mereka mengalami penuaan lebih cepat seperti botak, penyakit jantung, tulang lemah dan radang sendi. penyakit ini sangat jarang terjadi.




terkejut kan??


disini sya lampirkan page adik dari seberang yang mengalami penyakit seperti nie.. adalia.. begitu banyak peminat setia adik nie,menyokong segala tindakkan dari adik kecil yang lincah ini...dia diibaratkan kanak2 istimewa yang dianugerahkan kepada mereka :) walaupun jangka hanyatnya hanya singkat, tetapi dia masih ingin menjadi seperti kanak2 biasa .. just follow her and do support this little child :)

Monday, September 10, 2012

smile

Best Blogger Tips
orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan perasaan sedihnya,kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas 

Friday, June 8, 2012

Tanda 100 hari sebelum kematian bagi orang yang dikehendakiNya

Best Blogger Tips









100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.




40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.




7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.




3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.




1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2011/10/dikisahkan-ketika-allah-mencipta-al.html#ixzz1xBoOb9RP

Tuesday, January 24, 2012

kelakar 1

Best Blogger Tips
bersemangat budak nie meniup lilin tu.... siap ada muncung2  lagi tu ha

kegelian berganda-ganda 2

Best Blogger Tips
 lau tengok nie time nak makan,mesti x leh nak telan makanan... mcm tersekat-sekat ja kat kat rengkung ee.
lau kanak2 x pa lagi... kecik ja size ehem2 tuh 

perasan la tu

Best Blogger Tips
testing... lau nak tngok ap yang ditulis... scratch  la tengok :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...