pada hari nie saya tercuit untuk bercakap mengenai sangkaan orang terhadap seseorang.. sangkaan baik dan ada sangkaan buruk adalah satu norm bagi masyarakat kita..kita selalu judge sesorang tu tanpa kita tahu kebenarannya.. kadang2 dengan cara itu dapat menimbulkan fitnah kepada orang.. wah.. takut tuh!..diam x diam..sangkaan kita akhirnya boleh mencetuskan fitnah jika kita tersalah sangka.. kan naya tuh :)
ni ada sedikit sebanyak sangkaan org terhadap orang dengan pandangan fizikal sahaja.. Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
haa..kan da bermacam2 kita sangka...tetapi adakah korang tahu.. jika apa yang kita sangkakan itu adalah.....
Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah
kan berat nak menangung kalau sebegitu.. (^__^)
apa kata kita ubah balik setiap sangkaan kita terhadap sesorang tu ke arah yang lebih positif.. so lepas nie,lau terlihat orang..cuba kaitkan sangkaan kita itu dengan kebaikkan..kan namanya berdoa tuh .. :) x sia-sia kita peroleh pahala kerana kita bercakap tentang kesejahteraan orang lain ..
No comments:
Post a Comment