), progress;} body, a, a:hover {cursor: url(
Free Mouse Cursors at www.totallyfreecursors.com
), progress;} -->

Friday, December 30, 2011

kegelian berganda-ganda

Best Blogger Tips

 macam nak kutil2 ja ketuat tu..eeee...geram tngok !

Thursday, December 29, 2011

suka bila dapat

Best Blogger Tips
untung nya ak lau ap yang ak suka akan dapat.. tp redha ja lau ap yang ak suka x dapat.. hurm ayat mcm pasrah ja an?? hehe... setiap hidup kita mesti kita ada impian kita.. sama ada dapat ngan x dapat nie semua atas kuasa allah SWT.. macam la jugak jodoh...lau kita rasa itu jodoh kita belum pasti dia jodoh kita sebenarnya.. contoh bila kita kahwin.. pastu ada penceraian... tu maksud x da jodoh namanya.. 


Tuesday, December 27, 2011

good luck in exam

Best Blogger Tips
aslamualaikun,nie da kul 3 pagi da..ak masih x tidoq2 lagi.. this week is study week and need us to make our own preparation before seating final exam 4 haribulan 2 nie! tapi ak x start2 lagi.. padahal sblm study ada ja asignment yang perlu dihantar sebelum exam pon x buat2 jugak.. hai RALIK farah ... HANG RALIK... exam da DEKAT OI!!  jap g mula la mengelabah mcm ayam berak kapur.. huhuhu...

sebenarnya ak bosan la,mood nak buat kerja n study ne belum sampai lagi..maybe akan sampai bila ak rasa masa tu benar2 kat ujung tanduk.. lagipun ak x sihat sangt minggu nie..huhu.. ak try nak belajar edit gamba guna photoshop.. tp hampeh! 2 jam ak mengadap photoshop xda effect pon.. yang ada pon ak leh wart gambaq tu appear mcm paint color.. tp x pandai nak tukaq2 kaler.. huhu ..tp x pa.. ak cuba lagi.. ak senarnya minat bila tngok orang buat gamba doodles nie.. pastu depa wart edit2 kat gamba tu tambah colour. sumpah comel2 kot..

last2 ak give up!! penat la mcm nie.. belajq x reti2 :( nanti la ak berguru ngan orang yg profesional cikit.. baru la x membuang masa lau merobek sorang2 guna software tu :)
pastu ak terpikir pulak.. ak nie suka nak wish2 kart orang sempena nak menduduki exam bulan depan nie.. tp  aku nak wart ngan cara aku sendiri.. n hasil tangan ak sendiri.. then ak pon buat la keputusan.. guna software photoscape yang selalu ak guna tu.. sb tu ja yang ak paham cikit2.. haha

nie la hasil dia.. tada!!

ungu juga ak pilih an?? nak wart mcm mana da minat kaler tu.. hehe
aku nak dedikasi kart kawan2 ak x kira kat mana2 yang nak amek exam tu .. good luck ya.. 


kepada classmate2 ak, bekas2 calssmate ak masa kat diploma tu, eh orang rumah ak..lupa lak.. ely n fifah kawan sekolej ak kart arau tu ( yang mana sambung degree) kawan sepermainan ak, kawan kepada kawan ak , kawan kepada kawan kawan ak, semua2 sekali harap boleh jawab exam nie dngan jaya ya

(p/s : perasaan berdebar2 sampai ak pon rasa pelik senarnya.. harap2 ak mampu jawab nanti.. ak x nak sejarah hitam ak mai balik semasa ak di sem 3 diploma.. AKU TAKOT subjek STATIC & DYNAMIC n INDETERMINATE STRUCTURE,..waaaaaWaaaaaaWaaa)

Sunday, December 25, 2011

guru tiada tandingi

Best Blogger Tips
Bercakap pasal guru nie ak teringat kenangan ak bersama2 guru ak kat semua sekolah,smkl,smkm,smkj,skkd...

Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan termasuk ak, jasa guru2 tidak akan dilupa kerana hasil daripada didikan gurulah meletakkan diri kami pada kedudukan di mana kami berada sekarang. Kejayaan kami adalah kerana hasil didikan guru.Guru juga boleh disifatkan sebagai ibu bapa kedua kami kerana bukan saja mereka mendidik pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan, tapi turut memupuk nilai murni rohani dan jasmani, kasih sayang, akhlak mulia serta menghindari segala keburukan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti yang diimpikan setiap ibu bapa.
segala kenangan sewaktu berada di sekolah akan kembali bermain di fikiran kami dan menimbulkan kesedaran serta keinsafan betapa besarnya peranan guru2.
kepada guru2 yang merasakan dirinya dilupakan janganlah mengangap kami sudah tidak mengenali jasa2 guru.. kami sayang guru2 kami.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan hidup guru2 kami

akhir sekali kami dedikasikan lagu ini  kepada guru2 yang bnyak memberikan pengorbanan kepada kami dari dulu. tanpa guru tiadalah kami memperoleh kejayaan sekarang.ini semua diatas keberkatan guru2 kami..terima kasih guru.. 

(PS: lagu nie mampu menitiskan air mata seorang guru jika kita dedikasikan kepadanya)


lirik lilin seorang guru ( by hijjaz)

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini



(ps: moga allah memberi inayah dan pertunjuk kepada kami )

liciknya syaitan bila bercinta

Best Blogger Tips


Jagalah ikhtilat (pergaulan) wahai muslimin & muslimat..
::Muslihat syaitan::
  1. Orang yang ber’sms’ dengan kekasihnya beralasan, “Ala, mesej je, tak dgr suara pun!”
  2. Orang yang ‘call’ mendengar suara pula berkata, “Ala, tak jumpa pun!”,
  3. Orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan, “Ala,tak pegang-pegang pun!”
  4. Orang yang berpegang-pegang pula berkata, “Ala, bukannya berzina pun!”
  5. Orang yang berzina pula masih ada alasan, “Taklah sampai mengandung!”

Begitulah liciknya syaitan dalam mengibarkan bendera kejayaan mereka! Nauzubillah min zalik. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menjauhkannya dan dijadikan pengajaran buat kita bersama



(petikan nie diambil dari sini ) saja nak berkongsi2 untuk renungan bersama :)

bg pendapat ak,bercinta tu biarlah berpada2 jagan sampaikan kita termakan dengan pujukkan syaitan.. keimanan dalam diri perlu ada untuk menjadi benteng kepada tusukkan syaitan ini..syaitan lebih mudah memujuk orang yang rapuh imannya.. dan x semestinya orang yang ada iman x lari dari pujukkan syaitan nie..lagi dasyat dia memujuk orang yang mempunyai iman sehinggakan kadang2 orang itu jatuh ke lembah kemungkaran dan keinsafan akan bertalu2 datang selepas termakan dengan pujukkan syaitan tu.pada masa itu syaitan meraih kejayaannya!

lupa nak bersyukur

Best Blogger Tips


woh,bila tebaca cerita nie ak jadi tersentap,gambar nie ak amik dari sini..kebetulan hari nie allah menarik semua nikmat yang dia beri kat ak, pastu ak pun perbanyakkan berdoa biar ak nie sebuh cepat sb x tahan bila x da nikmat tu..kadang2 sbagai manusia..kita sering lupa nak bersyukur kepada Nya bila kita sihat..begitu jugak ngan ak kadang2 tu,,mudah2an moga ak ditempatkn dikalngan orang yang sentiasa bersyukur kepadaNya.. 

ikhlas ka x ikhlas ni??

Best Blogger Tips

saja ak nak kongsi2 kat sini.. x semestinya yang kita tengok kat FB or BLOG bila ada orang post yang berkenaan dengan agama tu x bermakna dia  tu ikhlas kesemuanya.. ada mcm2 orang kat dunia nie kita pon x tahu mcm mana dirinya tu :)

Saturday, December 24, 2011

Impian dan halangan

Best Blogger Tips
segala impian untuk dikecapi masa depan x semestinya akan berlaku sepenuhnya jikalau kita kurang tabah. impian ini juga bergantung kepada nasib kita atau dikatakan sebagai qhodo dan qodar darinya
apabila kita mendapat sesuatu dugaan semasa mengejar impian itu,x bermakna kita tidak dapat memperolehinya akan tetapi memberi ruang kepada kita untuk mengenal dunia yang penuh pancaroba.apabila kita belajar dari setiap halangan itu memberikan bonus kepada kita untuk mendapatkan impian kita itu.
walaupun sekali kita hanyut di dalam perahu x semestinya kita akan mati dalam perahu itu

Saturday, December 17, 2011

RKA 03-05 SMKL

Best Blogger Tips

assalamualaikum.tadi ada ak sembang ngan kawan2 ak dari skolah menengah langkawi.. mereka semua budak kelas ak dulu.. orang panggil nama 'budak RKA'..wargh teringt balik masa ak dulu kat skolah tu.. pengalaman kat situ bnyak memberikan sejuta rasa dan haruman,x tertertanding dengan keharuman yang lain.. heehee.ok! kat sini ak nak bercerita tentang kisah kelas aku dulu nie.. asalnya budak kelas ak rata2 dari langkawi dan luaq pun ad..tp bapa kerat ja yang tinggal di luar langkawi..belajar di SMKL memang memberikan keamanan dan keselesaan x kira la dari segi apa pon.. perbandingan yang ak boleh buat kat sini..SMKL x dapat tandingi mana2 skolah yang ak pnah skolah sb tempat tu rata2 pelajar x da la sosial sangt mcm skolah menengah lain yang ak bersekolah... di situ la jugak tempat senang untuk mengikatkan silaturahim bersama2 sb orang sikit sangt kat tempat tu..masa ak masuk belajar di situ kami adalah batch yang ke-3 yang start belajar kat situ..
Smk Langkawi Pulau Tuba

aku dulu ditempatkan dalam kelas 1 RKA yang dikirakan sebagai kelas aliran agama...mewajibkan ak belajar bahasa arab.dalam kelas  ada 21 orang kesemuanya..


  1. farrah
  2. ain
  3. huda
  4. adawiah
  5. bainun
  6. izzati aziz
  7. izzati mardu
  8. maisyurah
  9. anis rosla
  10. mira kasa
  11. nadia
  12. dila
  13. bibah
  14. nazri
  15. syamsul
  16. amir
  17. azri
  18. azrien
  19. syukran
  20. hanz
  21. rasyid

nie la senarai nama budak kelas ak..tp ada antara smua ada ja yang pindah kelua..reduce sampai tnggal 17 orang.nak sangat ak cerita pasal perihal setiap orang nie. sb time nie tengah ada mood nak menaip. :)


1. farrah
ini adalah ak.. x taw nk cita ap sangt pasal ak nie.. tp yang ak taw, ak nie seorang PENDIAM.. haha, harap2 betol la kot..


adalah musuh ak.. haha.. xada laa. dulu kami nie kuat sungguh bergaduh. masing2 macam kepala angin.. ak pon x pasti apa punca kami jadi mcm nie,, mungkin x brapa nak matured kot time tu . dulu ain dalam kelas duduk bersebelahan dengan maisyurah .kami ni asal dari kedawang.kira kami berdua saja yang datang dari kampung tu dan skolah sama2 kat pulau tuba. bila lama2 ak dengan dia kat smkl nie. ak menjadi kawan paling rapat.. selalu orang cakap,orang yang selalu gaduh,lambat laun dia akan menjadi kawan rapat kita..tup! kena kat ak.. hehe.. ain maafkan ak ye pasal dulu2 :) otak x leh pikir sangt time tu..
ain ini minat menulis lirik.. suka nyanyi lagu tema titanic tu dulu.. tiap malam msti bukak buku lirik dan nyanyi.. hihi

3. huda


nie huda.. gadis kecik molek petah bercakap dan lincah cikit..berasal dari selangor. ikut makcik nya belajar kat kelas tu. entah apa tah nama makcik dia tu,, ak x letak pon sbgai senarai kawn2 ak sb aku x engt sangt pasal dia.. emm ,syikin eh nama dia huda?? huda pengawas sekolah, memiliki perwatakan yang matang tapi gayanya mcm budak2.. pandai nak memberi nasihat lau ada apa2 problem.. mcm second mom la jugak dia nie.. hihi.. ha,ak x engt huda dok sebelah sapa tah time tu... ak eh?? hihi  rasa mcm ak ja dok sebelah ang :)

4.adawiah


hampa tngok pon da taw macm mana perwatakkan dia an? hihi.. mcm pelawak an??dia seorang yang periang .. asik wat lawak kering ja.. memang x kering gusi lau duduk ngan dia...:) wiah nie pengawas pusat sumber.dia lau nak cakap pasal kenangan dia ngan ak . mesti sebut pasal sikat kecil ak tuh.. x taw la sb ap dia teringat sampai sekarang.. huhuhu.. terbekenan ke wiah?? wiah dok belakang ak ja.. dan dok sebelah ngan bibah.. tul x?? er... ka dok sbelah bainun?? hurm .. da terlupa da pon :(

5. bainun

nie che bainun kita..ne asal dari tuba island.. rumah terletak kat sebelah skolah rendah x cilap ak..memang dia dulu ne rapat ngan wiah kita.. equal balance ngan wiah gak pangai dia nie. sb tu depa kawan sama2 depa..dia seorang yang pemalu cikit ngan orang, tp lau da kenal lama ngan dia,, x da la pemalu sangt :) tol x?? lau x ,x da la sekepala ngan che wiah kita tuh.Da la kawan baik ngan wiah pastu ikut sama jadi pengawas pusat sumber.Ha!! dia atelit..aktif men2 benda lasak nie.. walo tngok ja muka mcm ayu2. tp hardcore kat dalam tu.. hikhik.

6. zati

Nur Izzati Bt Aziz

nie zati aziz.. anak orang pekan kuah. dia kedua paling rendah dari kelas ak..hihi..asik kena dok depan ja bila beratur.. mana x nya da dia rendah..xdapat la merasa dok belakang mcm ak nie (seb bek ak pengawas.. lau x .. mesti ak pon kna beratur belakang ang ap? ) satu ak minat tengok dia,, time dia wat mulut muncung mcm itik tuh..serius cute,muncung nie akn terjadi bila time dia jalan kaki sorang2..haha.. why izzati? sengaja nak wat attraction kat orang ke?? hihi..

7.izzati mardu
( no picture available )
kawan kepada anis,dan mereka adalah sahabat yang paling baik,x penah ak tengok mereka nie bergaduh2 dalam kelas ka, kat asrama ka kat tepi padang ka..huhu.izzati nie seorang yang sangt sopan.. thats why la dia berkawan baik ngan anis. pergerakkan yang lemah lembut mcm silk.. tenungan mata mcm air tasik yang tenang,hembusan nafas seperti angin bayu.. senyuman mcm mcdonalds . keayuanya membuatkan sesiapa saja tertarik ngan dia :)

8. syurah

( no picture available )

gadis lincah nie.. x panas punggung kerusi dia.. asik hilang ja dalam kelas,terlampau bizi ngan kerja2 luar.. aktif badan uniform la katakan..dia adalah gurl2 dalam kelas kami ..walaupun nampak ja ayu kat luar.. tapi ganas gila.. tp hati tu sentiasa ada bunga2 kat taman.. hihi

9. anis rosla
( no picture available )
da leh jadi mcm ustazah da ni.. baik budi pekerti nya..pandai amik hati semua kawan walaupun ada kawan yang leby rapat ngan dia, sikap mcm keibuan.lau periksa ja mesti dok top 3.. pandai sungguh,n ak n kawan2 selalu rujuk kat dia lau x paham sesuatu subjek..arab memang dia A lah! jeles ak ,cakap arab mcm cakap bahasa orang putih.. jeles ak.. arab ak pon cukup2 makan ja.. haha

10. mira 

mira ni tinggal kat selat.. depan pulau tuba..dia la satu2 nya plajar batch ak yg msk kelas RKA nie, mira nie seorang yang pemalu sangt2 sampaikan ak pon malu nak tegur2 dia.. haahaa.. x mcm tu ka mira?? yang penting lau ada kaitan ngan malu ne.. dia mesti sopan santun.. ha! mcm mira ne laa sopan jugak.. cakap pon benda penting2 ja..yang x penting x dilayan huihui.. rasanya mesti single lagi nie.. ada sapa yang mau sila habaq mai naa.. semua package dia ada sebagai isteri.. :O

11. nadia
( no picture available )
orang yang manis..lesung pipit yang dalam.. sentiasa senyum.. lau dalam percent ak bg 60% senyum saki baki muka biasa.. aaa, suka ketawa jugak nadia nie.. tp bila gelak tutup mulut...apasal la tutup mulut.. ak nak tngok kot gigi ang yang tersusun n putih bersih tu,, ayo ai.. saving gila..haha

12. dila

dila nie mcm syurah gak..seorang yang lincah. aktif sunggguh depa sampai ak pon x taw nak describe mcm mana lagi .. huhu.. yang ak taw pasal dila nie.. dia slumber ja nak wart papapun..i like her way.. mau x nya.. ak pon nak jadi slumber mcm dia gak .. ya x dila? hihi.. dila ne walau dia lincah2.. dia sopan sikit ,n ada keayuan kat wajah dia.. muka skrang pon da nampak matang.. so bila lagi dila nak jadi isteri orang?? hihi

13. bibah
pengawas sekolah nie.. xda sapa nak wart jahat depan dia sb dia garang .. garang nie x da la mcm singa tu kan.. hihi..anak2 singa ja.. seorang yang tegas dalam wart keja segala hal. ramai cg2 sayang kart dia sebab dia bnyak wat bakti kat dlam skolah nie.. dia pnah hafal surah yassin,, ak kagum sb masa tu ak pon merangkak2 lagi nak baca surah yassin.. tp dia advance lagi dari ak.. ne pon sama mcm anis.. terer bahasa arab depa nie

14. nazri
en nazri yang manis bila snyum sampai ke pipi.. pengawas pusat sumber nie.. pastu ada jawatan lagi dalam PS tu.. tp ak x engt la jawatn ap.. Ketua eh? suka bercakap gak nazri nie.. slalu ja menyembang2 lau ada msa kekosongan.. x pon tidoq ja ats meja kelas tuh.. :) mau x nya.. jadi budak asrama msti x cukup tidoq kan?? sama la mcm ak pon kadang2 tu

15. syamsul

ha dia nie memang paling kecil dalam kelas masa form 1.. pastu kecik comel plak tu,, mcm x layak ja dia msok kelas tingkatan 1 sb saiz dia layak untuk budak darjah 4! haha.. dok dalam kelas selalu kawan ngan buku aja.. ngan kawan2 perempuan x layan sangt.. mungkin pemalu gamaknya.. masa tingkatan 3 baru la dngr suara nak menegur budak2 perempuan kelas. hihee pemalu sngguh la budak2 lelaki kelas ak nie.tp sekarng da chuby n tinggi sikit kot.. cher la tngok gambar ats tu.. mcm da leh jadi ayah orang da sekarang nie.. haha

16. Amir 

nie amir seorang yang pemalu jugak sama mcm samsul  kita tu.dia pnya perangai serius mcm budak2 dulu.. haha.. selalu ja nak gaduh2 ngan ak.. yang x tahan tu jelingan maut dia tu ha.. senjata bertahta ngan bulu mata yang lebat.. takot ak .. haha :) tp sekarg tah suka menjeling kat orang ke x . ak pon x taw la mcm mana.. tp yang ak taw sekarang.. dia memang tinggi gila..dulu ak tinggi lagi dari dia.. haha

17.azri
Azri Kaede
mcm la jugak nie.. pemalu la jugak ha.. tp seb baik la pegang jawatn ktua kelas..lau x satu taun x bersuara kort.. haha..suka membaca gak nie.. kawan ngan syamsul elok la tu depa.. kira samsul n azri nie dalam rank top3 la dalam kelas.. sumpah pandai depa2 nie.yang pasti ak pnah dngar dia nyanyi lagu demi masa kart kami sekelas sb suka sangt membazir masa bila waktu lapang dalam kelas.. huhu..tersentap kami bila dapat teguran mcm tu.. haha

18. azrien
 
nie sepupu ngan azri.. yang ak taw pasal dia nie.. dia slalu wart "pending" sampai cg2 ramai yang chop dia budak pending n kawan2 pon sama gak kata kat dia mcm tu.. ak x taw sb ap(kna la tnya dia).. lau ak orng chop2 ak cm tu..ak sekeh pala depa.. he! x leh ak dok kata2 mcm tu. azrien.. kau memang tabah.. ada lagi ka orang cakap mcm tu kat ang? kata p la depa nak kata pon an.. yang pasti kita x kacow sesiapa n yang penting hidup mau happy an?

19. syukran 

anak kepada tok imam kampung kat sekitar sekolah ak.. dia pengawas skolah jugak nie..tp x alim pon mcm ayah dia,, haha.. dia la satu2 nya lelaki klas kami yang badan taf sikit.. sb tu la dia msok tentera sekarang nie.. dia ada kelebihan :) satu lagi perangai dia.. suka sungguh gaduh2 ngan dak pompuan.. tp manja2 la.. (ini x termasuk ak) hanya orang tertentu aja yang dia mahu gaduh2 manja.. haha :)

20.mat piah

nie memang loqluck cikit.. haha.. tengok gambaq nie sudah laa.. ampa pon taw nak cakap dia ni macam mana an?? hihi..mata mat piah nie selalu dok buat steam.. ak pon x paham sb pa x mau bukak mata luas2 tah..takot habuk masuk ka?? ka x tahan bau getah skrap kat sebelah kelas tuh.. haha.. tp mamat nie.. hati sentiasa ada taman... kan piah kan?? flirt2 ja ak tngok.. :)

21. rasyid
Shah Arman
rasyid yang kurus! hihi.. suka sugguh budget2 smart.. tp kami x kisah sb kami suka orang mcm nie.. hihi (dalam keterpaksaan ) otak dia geliga gak nie.. lau ajak lawan dam, lawan batu seremban.. ak ja menang selalu.. haha.. rasyid ni walau dulu dia pendiam.. dia sangt disukai oleh senior2 perempuan, ak pon x taw ap ayat dia pakai kat kak2 senio nie sampai ramai yang nak buat dia adik angkat.. btol x rasyid?? hihi

Thursday, December 15, 2011

Surat putus cinta versi Owang Putih

Best Blogger Tips
Tijah adalah seorang gadis Melayu yang mempunyai pakwe Mat Salleh. Suatu hari Tijah ingin meminta clash dengan pakwenya itu. Disebabkan segan nak minta clash depan-depan, Tijah telah mengarang surat clash dalam bahasa Inggeris. cuba baca setiap ayat dia..gila kelakar


\

Surat Cinta Budak Darjah Dua

Best Blogger Tips
aku x taw nak cakap ap..sb budak2 zaman sekarang cepat membesar.. hoho

Wednesday, December 14, 2011

Jambatan Berhantu

Best Blogger Tips
jambatan ini x silap ak kat negara cina tp x taw apa nama tempat tu..jambatan nie teramat la panjang sehiggakan kebanyakan orang dulu takut nak melintasi jambatan tu sb dikhuatiri terkejut dan jatuh ke dalam sungai..(sesiapa yang x berani disarankan jangan la dengar cerita lanjut ..takut2 pengsan nanti)..
kisahnya bermula di sini....
owh tidak! TERKEJUT AK ......

sungai paling seram

Best Blogger Tips
sungai GANGGA kat india merupakan sungai yang agak seram kat asia nie..tapi sungai ini adalah tempat suci bagi masyarakat india disana dan upacara keagamaan selalu diadakan di situ.upacara pengebumian selalu dilakukan di sugai itu dimana selepas upacara membakar mayat,abu dilepaskan di dalam sungai itu..tapi ada jugak mayat yang x dibakar dan dihanyutkan kat dalam sungai tu,pastu terapung dan biarkan mayat tu menjadi busuk... aku pon x pasti apa motif ritual yang mcm nie depa wat..pastu ada pulak orang yang mandi dalam sungai tu..mcm seram ja aku dengar..


mayat yang dibiarkan dalam sungai tu.. bau bangkai


mayat nie dimakan oleh burung gagak


tengok.. ramai orang yang mandi kat dalam sungai ni


dapat kita lihat.. mayat tu kat sebelah orang2 yang tngah mandi kat dalam sungai tu


anjing2 memakan mayat manusia... hurm... x paham ak


Ragam manusia dalam FB

Best Blogger Tips

memang kita setiap hari tak lepas kalau tidak log in ke facebook yang sangat popular ketika ini. macam-macam orang yang kita akan jumpa di situ dan pelbagai karenah ataupun perangai  yang korang dapat lihat sendiri.Agak-agak, ada tak antara list nie iras-iras cara kita ataupun kawan kita?? 




1.  Manusia Kaki Update

    Tak kira bila dan di mana sekalipun, mereka akan selalu
    update status.Statusnya pendek tetapi padat.

    Contoh : "sarapan nasi lemak^^"
           : "on da way pergi jamban"

2.  Manusia Kaki Mengeluh

    Manusia jenis ni tak pernah puas dan suka sangat nak
    mengeluh.Pagi,petang,siang,malam hanya mengeluh.

    Contoh : "Panas gila hari ni"
           : "Menyampah betul hari ni"

3.  Manusia Kaki Berlagak

    Mungkin diorang tak berniat nak berlagak, tapi orang lain
    yang baca status tu mungkin rasa menyampah dengan status yang
    berbau sombong ni.

    Contoh : "Siot, BMW aku rosak"
           : "On da way pergi Milan"

4.     Manusia Kaki Jiwang

    Manusia jenis ni istimewa sikit, sebab setiap status yang dia
    update semua indah - indah dan berbunga belaka.

    Contoh : "Mencintaimu adalah perkara terindah dalam hidupku"
           : "Kita berdua bagaikan sepasang burung yang bersayap
              satu, dan hanya mampu terbang bila bersama."

5.     Manusia Kaki Review

         Manusia jenis ni pulak agak mulia sikit sebab selalu    
    kongsikan segala segala pengalaman dia dengan kawan-kawan
    dia dengan membuat review.

    Contoh : "Call Of Duty Black Ops memang gempak"
           : "Filem 2 alam filem paling terbaik dalam dunia"



nie lah antaranya...ada x antara nie mcm kita atau rakan kita?? xda hal lau nak ragam mcm mana pon .. yang penting jangan kita post status yang boleh menjengkelkan bila orang membacanya sudah.. silap2 korang kena band ngan teman2 nanti..selamat berfacebooking...

Tuesday, December 13, 2011

Sambal kentang express

Best Blogger Tips
haa.. aku ada terbaca entry menu sambal kentang niee... hari nie teringin plak nak makan sambal kentang..kelas indeterminate cancel ..kelas bel mcm malas ja nak p sebab da habis da kitaorang present hari tu. biar orang yang x present ja p.. so im fully free till this night before replacement math class at 8.30 pm nie...hohoho..bahagia seketika :)

nie ak nak kongsi resipi sambal kentang yang ekonomi.. sebagai student kita mampu beli barang2 nie.. x da la asik nak makan sardin, maggie , telur ja kan?? cher kita ubah sikit menu kita agar lebih bersemangat bila nak wart keja kan??

1. bawang putih 2,3, ulas dicincang
2.bawang merah 3 ulas dicincang
3. kentang dihiris ekot citarasa..( dalam 5 biji )
4. belacan or udang kering cikit.. mcm selalu kita letak dalam masakkan untuk tambah bau sedap
5. 3 sudu cili giling(cili boh).. lau nak sedap lg.. better blender cili kering ..

cara masak:
kupas kulit kentang, pastu hiris/potong ikot cita rasa.. rebus hingga lembut/empuk..pastu goreng kentang tu
untuk sambal.. tumis bawang putih n bawang merah tu bersama belacan/udang kering..sehigga kekuniangan.. masukkan cili boh/cili kisar ..tumis sampai naik minyak.. letak garam n gula secukup rasa.. lau x minat nak makn pedas2.. leh cover ngan letak gula tu lebih sikit .. n letak bawang besar

tada.. da pon siap jadi leh la kita makn..
hidangan dengan nasi putih ..leh makan dalam 4 orang

Monday, December 12, 2011

Uitm Shah Alam VS Uitm Perlis

Best Blogger Tips
hurm bukan nak melangsungkan pergaduhan kat sini tapi sengaja ak nak wat perbandingan antara uitm shah alam dengan uitm perlis ..

bestnya belajar kat uitm arau ...
1. lecture kat uitm arau memanjakan studentnya.. mostly mcm mak pak jaga anak.. lecture kat Shah alam x da nak memanjakan studentnya.. maybe student terlampau ramai agaknya.. x tahu nak melayan n jaga anak yang mana satu :)

2. student kat uitm arau mudah untuk dikenali /dicam kerana sikit ja orang.. fakulti pon x sampai 20 lau uitm shah alam x mudah untuk dikenali sb terlampau ramai student..berpuluh-puluh fakulti..sampai sekarang ak pon x taw kedudukan sesuatu fakulti tu... (ye lah da nama pon uitm induk,maunya x ramai.. bukan cawangan.. isk2)  .. x da ak just nak wart perbandingan ja.. dari ap yang ak nampak..

3. makanan kat uitm Shah alam mahal-mahal,even kat DC.. x mcm arau.. murah-murah siap dapat discount lagi lau selalu makan contoh macm kat orange tu.. pastu da la mahal ,x bnyak yang sedap lak tu.. ( x tepati citarasa selalu )

4. suasana kat uitm arau nyaman..lau pagi2 buka tingkap bilik.. udara fresh selalu dihidu.. umpph,dapat tngok benda2 yang hijau mcm pokok,, baju hijau, rumah hijau, basikal hijau .. huhu... nyaman mcm duduk dalam hutan tebal :) lau uitm shah alam .. tiap2 pagi bau concrete.. bosan.. kiri kanan konkrit..xbnyak benda color hijau..arghh... nak nak warna hijau bnyak-banyak...

5. jalan kat arau x da pon sesak mcm kat shah alam.. argh,hari2 kena bngun awal sb nak elakkan dari kesesakan jalan .. kalau kat arau tu,lau kelas kul 8. kul 7.30 kira boleh bersiap2 lagi..kul 7.45 baru keluar dari bilik..mcm nie baru best ..huhu

6. kalau ada aktiviti uitm shah alam selalu xdapat nak joint sebab kedudukan tempat tu telampau jauh .. mcm kart dewan seri budiman., kompleks sukan.. ak nie dok kat fakulti kejuruteraan.. xpadan lau nak p situ....kalau kat uitm arau..dapat ja nak join..sb selalu wart kat mushroom n dewan baru .. jalan kaki pon boleh sampai :) boleh la collect sticker kolej bnyak2

bestnya belajar kat uitm Shah alam ...
1. kalau nak g kelas.. x payah naik tangga.. lift ada dan khas dignakan untuk student-student fakulti ak..ho yeeaa.. leh la hilang stress n penat masing2

2. uitm shah alam ada exchange student dari merata dunia.. dapat la nak tngok orang asing dari dekat dan tngok cara depa blajar kat Uitm shah alam nie.. x mcm arau.. ctu x da MATSALLEH.. anak pakcik salleh ada.. hukhuk

3. uitm shah alam berdekatan dengan pusat commercial.. dapat la nak makn KFC ka, MCD ka ,Pizza ka .. .SUBWAY ka, TUTTI FRUITY ka..lau teringin.. kalau kat arau.. kna pergi belah kedah untuk cari makan tu...hmm,lau kempunan hari tu,, kna la tahan sampai cuti minggu.. baru dapat keluaq p kedah :)

4. kat sini ada wayang( bukan dalam Uitm tp sekitar kwasn).. lau nak tngok hari2 pon boleh,, lau kat arau lau nak tngok wayang kena p belah kedah nuh.. mcm kat plaza alor star..

5.lau cuti2 tahu nak p mana sb bnyak tmpat yang best kat selangor nie.. tambah2 perempuan.. suka sungguh nak p shopping complex ..walo hanya sekadar window shopping ..tapi amat menggembirakan.. x mcm kat arau.. limit ja tmpat shopping tu..takat C-mart .. Pacific,pekan rabu ,padang besar n plaza


itulah perbandingan yang ak dapat.. masing2 ada kelebihan dia.. pandai2 la kita memilih.. kat mana2 pon tempat belajar adalah sama saja kalau kita set kart pala otak kata "ak kat sini niat nak datang belajar!! bukan nak mai main2"



HAPPY GRADUATION (OCT 2011)

Best Blogger Tips


Alhamdulliah ..akhirnya dapat jugak kami habiskan diploma kami di Uitm Arau pada bulan april 2011 dan hari konvokesyen pada oct 2011 adalah hari akhir kami berada di uitm arau.pada hari itu kami menerima segulung sijil maka terdaftarlah kami sebagai warga alumni uitm arau .. eh eh... da besar da la kami niee... : ) mcm x percaya pon ada .akhirnya kami dapat jugak habiskan diploma kami dengan jaya. semua kenangan nie akan ak simpan selamanya kerana ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup.. leby mcm orang yang nak bersanding tu laa.. for first time n for the last time :).. ne gambar-gambar yang sempat ak amek pada hari bertuah tu ..

gambar bersama kawan2 dari Palapes UiTM dari kiri syud,mira,kechik,spark, aku (che paah), amalina,kamil n cagu.
 nie kawan2 bek ak... farizat, ak fifah n akhmal hakim....
alia,ak , amy n amirah





harap-harap apa yang dicapai mendapat manfaatnya... kejayaan yang dicapai memerlukan ketakwaan kepadanya agar ia mendapat keberkatan,, bukan sekadar mencari ilmu di dunia mampu memuaskan kita,ilmu akhirat juga lebih memberikan kepuasan kita kelak ... INSYAALLAH .. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...