Bercakap pasal guru nie ak teringat kenangan ak bersama2 guru ak kat semua sekolah,smkl,smkm,smkj,skkd...
Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan termasuk ak, jasa guru2 tidak akan dilupa kerana hasil daripada didikan gurulah meletakkan diri kami pada kedudukan di mana kami berada sekarang. Kejayaan kami adalah kerana hasil didikan guru.Guru juga boleh disifatkan sebagai ibu bapa kedua kami kerana bukan saja mereka mendidik pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan, tapi turut memupuk nilai murni rohani dan jasmani, kasih sayang, akhlak mulia serta menghindari segala keburukan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti yang diimpikan setiap ibu bapa.
segala kenangan sewaktu berada di sekolah akan kembali bermain di fikiran kami dan menimbulkan kesedaran serta keinsafan betapa besarnya peranan guru2.
segala kenangan sewaktu berada di sekolah akan kembali bermain di fikiran kami dan menimbulkan kesedaran serta keinsafan betapa besarnya peranan guru2.
kepada guru2 yang merasakan dirinya dilupakan janganlah mengangap kami sudah tidak mengenali jasa2 guru.. kami sayang guru2 kami.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan hidup guru2 kami
akhir sekali kami dedikasikan lagu ini kepada guru2 yang bnyak memberikan pengorbanan kepada kami dari dulu. tanpa guru tiadalah kami memperoleh kejayaan sekarang.ini semua diatas keberkatan guru2 kami..terima kasih guru..
(PS: lagu nie mampu menitiskan air mata seorang guru jika kita dedikasikan kepadanya)
lirik lilin seorang guru ( by hijjaz)
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
(ps: moga allah memberi inayah dan pertunjuk kepada kami )
No comments:
Post a Comment